SEJARAH



SEJARAH SEKOLAH

        SMU(A) Al-Ihsan Dalam Pondok, Tanah Merah terletak di sebuah kawasan strategic di Bandar Tanah Merah yang terletaknya kira-kira satu batu dari Bandar. Ia terletak di atas sebidang tanah lot No.293 dan 606 Mukim Maka Daerah Kusial, Jajahan Tanah Merah, seluas 1 ekar 730 depa yang mana tanah ini telan diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Hassan bin Abdullah dan Tuan Guru Haji Nik Daud bin Nik Ahmad.


       Awal penubuhanya ada pada tahun 1945 dengan nama sekolah rakyat tanah merah. Setelah itu,  pada jun 1946 ia telah ditukarkan kepada madrasah halimiah wal hamidiah. Selepas empat tahun kemudian, tanggal 13 ogos 1950, nama sekolah sekali lagi ditukarkan nama kepada sekolah agama tanah merah. Walaubagaimanapun tidak lama selepas itu iaitu pada tahun 1954, ianya telah ditukarkan pula nama kepada Madrasah Al-Ihsan.